PENGUMUMAN

SEJARAH SEKOLAH




SEJARAH SEKOLAH

Di kenali  dengan Sk Ismail Petra  yang dibuka pada tahun 1960 bertempat di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.
Apabila berlaku peningkatan jumlah pelajar akibat pembinaan Flat Polis pada tahun 1992 sekolah ini telah berpecah menjadi 2 buah sekolah iaitu Sk Ismail Petra 1 yang beroperasi di sebelah pagi dan Sk Ismail Petra 2 di sebelah petang.
Pengurusan pentadbiran sekolah dan bilik darjah masih menumpang di bangunan asal sekolah Sk Ismail Petra 1.
Ekoran masalah ketidakselesaan guru-guru serta murid-murid SK ismail Petra 2 dalam menjalani aktiviti harian  dan proses PdP pihak PIBG dengan kerjasama pelbagai pihak  berusaha mencari tapak untuk membina sekolah  baru  bagi Sk Ismail Petra 2.
Akhirnya pada  Januari 2003  SK Ismail Petra 2 telah  dapat  beroperasi di bangunan  dan  tempat baru  iatu di Kg Telipot  Jalan Mel Lundang dengan menggunakan alamat rasmi  SK Ismail Petra 2, Jalan Long Yunus  Kota Bharu.
Dengan jumlah guru seramai 28 orang  serta murid yang berjumlah  278 orang sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat DatoHaji Mohamat Fatmi  b. Hj Salleh  pada  1 Mac 2003  yang merupakan  Setiausaha Sulit kepada  Timbalan Perdana Menteri iatu Dato’ Seri Najib  ketika itu.
Ketika itu pengurusan sekolah diterajui oleh  Wan Fakari bin Alawi  selaku  Guru Besar,En Mohd Shaidi b. Mohamed Pk1,Hjh Che Kamariah bt Ali PK Hem dan Pn Hajjah Noraini bt Abd.Rahman sebagai PK Ko.

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK ISMAIL PETRA 2
  • 1. Hjh Azizon bt Abdullah  16/12/1992 -31/8/1996.
  • 2. Hj Mansor b. Abd Rahman  01/09/1996 30/06/1999
  • 3. En Zulkefli b. Abd.Hamid  01/07/1999-30/06/2001
  • 4. En.Wan Fakari b. Alawi  01/07/2001-09/09/2004
  • 5. Pn Hamidah bt Dugel  16/09/2004-23/03/2015
  • 6. Hj Amran b. Roni  25/03/2015-10/10/2018
  • 7 Mohd Sukendi b. Mohd Salleh 16/10/2018 - sekarang

No comments: